SHAZLINA SYORKAN ANDA JANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEMINGGU!!!

Hyprobulksms

Jumaat, 2 April 2010

Tarian Tampi - Filem Tajul Asyikin





Korus:

Ramai2 kita
Nyanyi dan menari
Dengan lenggang lenggok nan gemalai
Ramai2 kita
Menghiburkan hati
Menyumbangkan mesra dan damai

Raut lidi serat belalai
Benang putus ganti belati 2x
Rosak padi kerana lalang
Alah sayang
Bumi juga tempat berbakti 2x

Ulang korus

Tanam ubi padi bersemai
Nak dicangkul tanahnya liat 2x
Tujuh lapis langit dan bumi
Alah sayang
Kasih mesra sesama rakyat 2x

Ulang korus

Bawa timba tepi perigi
Hendak siram bunga di kebun 2x
Kerana hujan hanya sepagi
Alah sayang
Hilang panas bertahun-tahun 2x



Lagu dari filem melayu klasik ini dinyanyikan oleh Rahmah Ali dan R. Ismail manakala filem Tajul Asyikin dibintangi oleh Noordin Ahmad, Roseyatimah dan Mat Sentul.

Lirik lagu ini dikarang dalam bahasa yang berirama serta mengikut peraturan jeda dan rentak seperti yang terkandung didalam pantun. Walau serba ringkas kerana suku katanya terhad, namun termuat gambaran budaya dan nilai pekerti masyarakat yang dimaksudkan.

Rangkap korus didalam lirik ini mengajak orang ramai menyanyi dan menari bersama2dengan langkah seiring yang berirama lagi lemah lembut. Tujuannya untuk menghiburkan hati dan menyumbang kepada suasana mesra dan kedamaian hidup bermasyarakat. Rangkap ini diulang berkali2x selepas setiap rangkap solo dinyanyikan. Ini membuktikan betapa pentingnya konsep kebersamaan dan keharmonian sebagai asas kebahagian didalam kehidupan. Menerusi lirik ini, dikenal pasti bahawa damai tidak harus sesuatu yang manusia harus capai "suatu hari". Damai hadir bila diciptakan dan dikembangkan melalui cara yang kecil dalam kehidupan seharian seperti nyanyian dan tarian. Satu suara dan satu gerak melambangkan bahawa setiap anggota masyarakat mempunyai perhatian dan kepentingan yang sama dalam mencapai tujuan bersama.

3 ulasan:

  1. Sesuatu yang agak luarbiasa.Seharusnya ada pengolahan terhadap jalan penceritaan dan implikasinya. Perlu dilebarkan mesej yang ingin diutarakan. Perbaiki gaya penulis supaya lebih menarik sidang pembaca. SYABAS !!!!

    BalasPadam
  2. bagus sekali
    kunjungi saya di www.matematikaitah.blogspot.com untuk mendapatkan soal latihan matematika dan keunikan suku Dayak Kalimantan Tengah di www.borneoetnic.co.cc
    terima kasih, salam kenal

    BalasPadam