SHAZLINA SYORKAN ANDA JANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEMINGGU!!!

Hyprobulksms

Jumaat, 2 April 2010

Tarian Tampi - Filem Tajul Asyikin





Korus:

Ramai2 kita
Nyanyi dan menari
Dengan lenggang lenggok nan gemalai
Ramai2 kita
Menghiburkan hati
Menyumbangkan mesra dan damai

Raut lidi serat belalai
Benang putus ganti belati 2x
Rosak padi kerana lalang
Alah sayang
Bumi juga tempat berbakti 2x

Ulang korus

Tanam ubi padi bersemai
Nak dicangkul tanahnya liat 2x
Tujuh lapis langit dan bumi
Alah sayang
Kasih mesra sesama rakyat 2x

Ulang korus

Bawa timba tepi perigi
Hendak siram bunga di kebun 2x
Kerana hujan hanya sepagi
Alah sayang
Hilang panas bertahun-tahun 2x



Lagu dari filem melayu klasik ini dinyanyikan oleh Rahmah Ali dan R. Ismail manakala filem Tajul Asyikin dibintangi oleh Noordin Ahmad, Roseyatimah dan Mat Sentul.

Lirik lagu ini dikarang dalam bahasa yang berirama serta mengikut peraturan jeda dan rentak seperti yang terkandung didalam pantun. Walau serba ringkas kerana suku katanya terhad, namun termuat gambaran budaya dan nilai pekerti masyarakat yang dimaksudkan.

Rangkap korus didalam lirik ini mengajak orang ramai menyanyi dan menari bersama2dengan langkah seiring yang berirama lagi lemah lembut. Tujuannya untuk menghiburkan hati dan menyumbang kepada suasana mesra dan kedamaian hidup bermasyarakat. Rangkap ini diulang berkali2x selepas setiap rangkap solo dinyanyikan. Ini membuktikan betapa pentingnya konsep kebersamaan dan keharmonian sebagai asas kebahagian didalam kehidupan. Menerusi lirik ini, dikenal pasti bahawa damai tidak harus sesuatu yang manusia harus capai "suatu hari". Damai hadir bila diciptakan dan dikembangkan melalui cara yang kecil dalam kehidupan seharian seperti nyanyian dan tarian. Satu suara dan satu gerak melambangkan bahawa setiap anggota masyarakat mempunyai perhatian dan kepentingan yang sama dalam mencapai tujuan bersama.

Sabtu, 6 Mac 2010

Jalinan Kasih - Petikan Lagu Filem Tajul Asyikin



Alangkah indah
Di alam nan permai
Bercinta cerai
Hati tertawan
Keindahan maya
Kasih dan mesra

Walau sengketa
Sarung budi
Hendak menggoda
Jangan turutkan
Gelisah resah
Nafsu bernoda

Sungguhlah cantik
Terbang seiring
Burung diawan
Dengan irama
Merdu terasa
Dihati nan rawan

Ku sangka intan
Jatuh ke lubuk
Hanya sepuhan
Kiranya budi
Jalinan kasih
Bermohon keruhan

Buah yang rendah
Mekar di dahan
Tolong jolokkan
Getahnya banyak
Jatuh menitik
Dibakul baru

Kisah yang sudah
Bagai sempadan
Jangan kenangkan
Marilah kita
Sama membina
Hidup yang baru


Lagu yang penuh pujuk rayu dan mendayu2 ini sungguh meruntun jiwa saya. Diharap lagu ini dapat menyuburkan hati insan yang sedang bercinta. Semoga suasana malam yang indah ini akan diabadikan untuk memadu kasih.

Jelas sekali dari petikan filem Tajul Asyikin ini, pemuda Melayu di masa lalu bukan sahaja gagah perkasa malah berjiwa romantis dan penuh kasih mesra kepada pasangannya. Walaupun sibuk di sawah bendang mahupun di medan perang, namun kekasih hati tetap mendapat perhatian dan layanan yang istimewa. Alangkah bagusnya jika semua pemuda Melayu masih begitu. Tentu aman bahagia rumahtangga sehingga ke anak cucu.

Ahad, 21 Februari 2010

HARAPAN HANYA BAYANGAN



Godaanmu meresap jiwa
Bagai duri menikam jari
Tak tertahan pedih terasa
Dalam hati...

Mengapakah begini siksa
Godaanmu membawa lara
Hingga aku jadi merana
Menderita...

Korus:

Jangan kau menggoda
Lepaskan aku bebas
Terbang ke angkasa luas

Harapanku hanya bayangan
Bagai pungguk rindukan bulan
Mata lepas dalam ikatan
Penyiksaan...

M. Bakri, 1959


Malam ini hatiku terasa pedih sekali bagaikan duri sembilu menusuk jantung kalbuku. Segalanya kabur dalam pandangan. Fikiran ku kusut...hatiku tak tenteram. Lantas lagu ini ku mainkan berulang2 kali di corong YouTube untuk meneman hati yang lara...

Rabu, 10 Februari 2010

UMBUT MAYANG DI UMBUT



Senikata Lagu:

Umbut mayang diumbut
Diumbut diatas dahan
Dijemput dayang dijemput
Dijemput lima sekawan

Ambil mempelam ditengah malam
Semut kerengga penuh melata
Sudah ku selam laut yang dalam dayang}
Belum ku dapat dasar yang nyata }2x

Umbut mayang diumbut
Diumbut dipagi hari
Dijemput dayang dijemput
Dijemput tari menari

Pergi ke hutan memotong nibong
Parangnya tumpul tidak diasah
Petir berdentum kilat bersabung dayang}
Hujan tak jadi baju ku basah }2x

Umbut mayang diumbut
Diumbut bertali2
Dijemput dayang dijemput
Dijemput mohon kembali

Isnin, 8 Februari 2010

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara...

Dengan bismillah permulaan kalam,
Sebagai hajat mengangkat batang terendam,
Harapkan adat, seni dan budaya dapat terus diandam,
Menjadi seloka, ibarat, kias, tamsil permata nilam,
Menghalus rasa, budi dan jiwa nan kelam,
Menjadi ruh dan jiwa Melayu sebagai ikutan siang dan malam,
Itulah adat resam, budaya orang Melayu tempat bersemayam...

Salam perkenalan saya hulurkan kepada para pengunjung yang budiman. Blog ini saya tulis untuk memaparkan catatan peribadi saya dalam mendalami seni, budaya dan adat resam bangsa Melayu yang ingin saya utarakan keindahan dan keunikannya untuk renungan kita bersama.

Semoga dengan adanya penulisan ini maka para pengunjung dapat memahami, menjiwai dan menghargai seni, budaya dan adat resam bangsa Melayu agar terus mekar sebagai satu wadah perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu di mata dunia.

Lebat daun bunga tanjung,
Berbau harum bunga cempaka,
Adat dikelek pusaka dijunjung,
Baru terpelihara pusaka bangsa...

Sabtu, 6 Februari 2010

PETIKAN LAGU DARI FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG 1961



Senikata Lagu:

Alangkah rindu rasanya hati,
Melihat teruna datang ke mari,
Takkan tak kenal...
Takkan tak kenal permata hati,}
Kami bernama Bunga Melati... }2x

Kami bernama Bunga Kemboja,
Putih dan bersih tumbuh di dahan,
Bukanlah kami...
Bukanlah kami minta di puja, }
Suntinglah kami untuk kenangan...} 2x

Selamat datang tuan ke mari,
Kami bernama Bunga Matahari,
Makin dipandang...
Makin dipandang makin berseri,}
Kalah permata intan baiduri...} 2x

Harum mewangi tinggi dianjung,
Boleh disusun berkuntum2,
Inilah kami...
Inilah kami si Bunga Tanjung, }
Boleh di pegang boleh di cium...} 2x

Wahai orang muda, remaja & teruna,
Sudilah kiranya memetik bunga2,
Petiklah Melati hei Bunga Kemboja,
Bunga Matahari atau Bunga Tanjung...


Coretan:

Lagu yang indah ini pernah saya persembahkan sewaktu persandingan saya di malam berinai diiringi tarian lemah gemalai oleh 4 orang penari cilik. Adik bongsu saya, Siti Shazwani turut ikut serta sebagai penari. Masing2 membawa watak Bunga Melati, Bunga Kemboja, Bunga Matahari & Bunga Tanjung. Latihan telah dimulakan selama sebulan sebelum pernikahan kami dilangsungkan. Bagus sekali hasilnya!